CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, December 8, 2010

Sukarnya memaafkan

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Kau kah itu yang pernah menghadiahkan

Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu ditepian kalbu
Ah,terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
Termanggu aku seketika
Di pinggiran nostalgia
...sukarnya memaafkan
..sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan
Kita semakin matang mentafsirkan
Kalau benar cintakan Allah
Hati kita tidak akan terpisah
Dan entah mengapa tiba-tiba kini
Kita dipertemukan semula
..di persada kemaafan
Bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itupun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh..
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

sumber: Pahrol Mohamad Juoi

s7en_E:
Sungguh!! sangat sukar perasaan ini. Ingin memaafkan tetapi ketika itu juga terlayar di tubir mata segala perbuatan yang membuatkan hati kecilku menjerit kesakitan. Bukan tidak mahu memaafkan tetapi segalanya adalah sukar. Tidak mudah untuk aku lupa apa yang berlaku. Parut luka masih ada. Rasa sakit apabila menjadi mangsa keadaan tanpa mengetahui sebab dan punca berlaku. Sangat sakit perasaan itu. Dituduh ibarat pesalah di dalam penjara. Dilontar segala makian yang sukar dicerna. Tiada siapa datang untuk membela. Sehingga ada seorang manusia tampil memberi penerangan segala. Aku sayang dia. Dia yang selalu ada untuk aku bila aku hilang punca.

0 comments: