CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 16, 2010

Hari istimewa

Inginku kongsi sedikit cebisan buat kalian tentang hari istimewa ini.

Renungan 10 Muharram..

Hari Khamis 16 Disember 2010 adalah bersamaan 10 Muharram- Satu Hari amat Istimewa kerana:



  1.  Nabi Yunus a.s dikeluarkan dari perut ikan Nun
  2. Allah terima taubat Nabi Adam a.s makan buah Khuldi
  3. Nabi Idris a.s diangkat ke syurga dengan rahmat Allah
  4. Nabi Nuh a.s selamat dari banjir besar.
  5. Nabi Ibrahim a.s diselamatkan oleh Allah dari dibakar
  6. Nabi Yaakub a.s dapat melihat
  7. Nabi Ayub a.s sembuh dari penyakit kulit.
  8. Laut Merah terbelah dua, Nabi Musa a.s selamat, Firaun dan pengikutnya tenggelam dalam laut.
  9. Allah mencipta Arash, Kursi, Luh Mahfuz, Langit, Bumi,Qalam,
  10. Allah mencipta Jibrail, Mikail, Israfil, Izrail, Syurga & Neraka
  11. Kesalahan Nabi Daud a.s diampunkan Allah
  12. Nabi Yusuf a.s bebas dari penjara
Oleh itu sunat kita melakukan:
  • Puasa
  • Sedekah kepada fakir miskin
  • Menyapu kepala anak yatim
  • Meuaskan bajet untuk keluarga
s7en_E:
Teringat kata-kata sahabat. Boleh bagi pinjam kepala nak usap? Kalau boleh ku beri kepala ini melalui screen laptop ini igin sahaja aku beri agar aku dapat rasa kesejukan salji disana. Entah bila aku dapat menjejakkan kaki disana. Terasa menyesal dahulu tidak belajar sebagus Dia. Ah, menyesal kini tidak berguna. Mungkin tiada rezeki aku di sana.

When We Collide

Semalam, laju pena ku berlari di skype. Sedang berbual dengan sahabat. Bertanya khabar. Berkongsi cerita suka dan duka Malaysia-York (UK).  Aku dan dia terpisah dek benua. Begitu jauh kalau ingin dihitung dengan parameter kilometer. Sangat rindu akan kenangan bersama untuk suatu ketika dahulu. Dia yang mengajar aku erti setia. Dia yang mengajar aku erti bahagia. Dia yang mengajar aku erti derita juga sengsara. Dia yang mengajar aku erti hidup sebenar di dunia. Juga mengajar aku erti sahabat sampai syurga. Lagu ini dia titipkan buatku. Sudah 2 hari katanya lagu ini menjadi halwa telinga. Sila hayati bait2 liriknya.



WHEN WE COLLIDE-MART CARDLE

You say "I love you boy" 
But I know you lie. 
I trust you all the same 
And I don't know why. 

'Cause when my back is turned, 
My bruises shine. 
Our broken fairytale, 
So hard to hide. 

I still believe, 
It's you and me 
till the end of time. 

When we collide we come together, 
If we don't, we'll always be apart. 
I'll take a bruise i know you're worth it. 
When you hit me, hit me hard. 

Sitting in a wishing hole, 
Hoping it stays right. 
Feet cast in solid stone, 
I got Gilligan's eyes. 

I still believe, 
It's you and me 
till the end of time. 

When we collide we come together, 
If we don't, we'll always be apart. 
I'll take a bruise i know you're worth it. 
When you hit me, hit me hard. 

'Cause you said hello, 
It's where the going get's hard, 
Our future is far, 
Many of horror 
Our future's far, 
Many of horror 
Our future is far, 
Many of horror 


I still believe, 
It's you and me 
till the end of time. 

When we collide we come together, 
If we don't we'll always be apart. 
I'll take a bruise i know you're worth it. 
When you hit me, hit me hard




s7en_E:
Tergelak besar aku bila ada yang menanyakan apakah ciri lelaki idaman. Aku hanya tersenyum. Aku katakan padanya, jika aku beritahu kau, nanti kau pula dapat lelaki idaman aku. Siapa yang mahu kahwin?Dia atau aku?Siapa yang mahu isi borng?Kau atau aku?Tersenyum. Teringat lagi katanya2  "ank knai aku dr aku kanak2 tdak matang sampai la lagi better kot ". Dia mintak tolong aku describekan tentang dirinya. Katanya aku lebih mengenalinya berbanding rakannya lain. Are you sure? Sedar x sedar, kau dan aku kini sudah terpisah jauh. Aku sudah semakin tidak memahami siapa diri kau sahabat. Aku tidak mengerti. Adakah aku yang terlalu prejudis? Atau kau yang berubah? Bisakah kita mulakan kembali apa yang pernah terjalin atau sememangnya ikatan itu wujud cuma aku yang memandang sepi atau mungkin pandangan aku yang terhijab dek jarak dan ruang masa yang pantas beredar. Tetapi yang pasti Kita tetap melihat bulan dan bintang serta mentari di bawah naungan langit yang sama.

Monday, December 13, 2010

Pinta Hati Baru

Kualiti hati menentukan kualiti amalan;
Kualiti amalan menentukan kualiti hati.
                                      ~Pahrol Mohamad Juoi~


Ada ungkapan popular yang mengatakan, "What u see is what you get". Maksudnya apa yang telah kita pandang (dengan hati tentunya) itulah yang kita dapat. Orang berprasangka sentiasa melihat keburukan kepada orang, situasi dan kondisi yang sedang dihadapinya, maka dia akan mendapat keburukan hasil pamdangannya itu. Jangan lupa pula dengan ungkapan ini: "What happens in you is more important than what happens to you". Sebab itu orang yang baik hati, mampu bersangka baik dengan menganggap kritikan yang tidak adil terhadap mereka sebagai satu pujian yang tidak rasmi

~Solusi edisi 4~



"Carilah hatimu sewaktu mambaca Al-Quran. Jika tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertakafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, PINTA HATI BARU kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
~Imam Al-Ghazali~

s7en_E :
Berusaha sehabis baik berbaik sangka terhadap mereka yang sememangnya aku tidak ketahui bagaimanakah prasangka mereka terhadap aku. Lumrah manusia suka pada persepsi   orang terhadap mereka dari sudut positif. Tetapi mereka lupa lumrah manusia juga suka melihat orang dari dimensi berbeza dengan apa yang mereka impikan. Sungguh! manusia itu suatu kejadian yang complex. Sukar dimengertikan. Sedang cuba untuk memahami perjalanan hidup dalam lakonan tanpa layar bersama insan lain yang bermain dengan skrip sendiri. Memahami mereka mungkin bisa buat aku bahagia.

Thursday, December 9, 2010

Kad bersampul biru

Assalamualaikum..

Specially dedicated to Dearly _ _  _ _  _ _ _ _ _ _(my name),



  •   TQ coz owez there 4 me.. Trying to comfort aku even ko pun x ok..
  • Ø       TQ coz jadi kekuatan aku ..>_<
  • Ø      TQ for everything..
  • Ø       Most importantly, TQ FOR THIS FRIENDSHIP!!


Sayang,
Selamat  Bercuti + Jaga Diri..>_<
Honestly, aku SAYANG KO!! >_<
Ukhwah fillah abadan abada..

Ko wanita yang kuat + tabah + cekal.. sampai bile-bile pon, ko tetap kuat.. jangan mudah goyah dengan redup panahan mata  Adam..

Kad ni sepatutnya aku terima lebih sebulan yang lalu, tetapi disebabkan kekangan masa, semalam baru aku menerimanya dari seorang kenalan. Sungguh terharu dengan ucapannya. Dia seorang yang baik hati, sangat sayang akan sahabat-sahabatnya. Kami pernah berkongsi rasa, berkongsi duka. Pernah meluahkan masalah yang hampir serupa. Namun, Dia dan aku banyak bezanya. Tapi itu tidak menjadi perkara utama.Aku juga sayang kamu. Setelah apa yang terjadi dalam hidup kita, aku telan dan terima seadanya. Kau lebih bahagia aku rasa. Hanya aku yang masih di sini menanti entah sampai bila. Bukan tidak mahu melupa, tetapi aku memang begini orangnya. Bukan sekali dua berjumpa boleh lupa semua segala. Tetapi bertahun lamanya kita semua beramah mesra.Mampukah aku lupa semua begitu sahaja?


s7en_E:
Dalam hidup ini kadang-kadang kita tak sedar orang yang kita tidak pedulikan, sayang gila  kat kita. Kadang-kadang kita tidak sedar kita terlampau sayang kat orang sedangkan dia selalu sakitkan hati kita. dan kita tidah pernah sedar kita bukannya sempurna untuk mendapatkan orang yang benar-benar sempurna dalam hidup kita. Dan kita bukan siapa-siapa untuk buat orang menyayangi kita macam kita sayang kat dia.  SEBAB kita hanyalah MANUSIA BIASA.



Wednesday, December 8, 2010

Sukarnya memaafkan

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama
Kau kah itu yang pernah menghadiahkan

Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu ditepian kalbu
Ah,terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
Termanggu aku seketika
Di pinggiran nostalgia
...sukarnya memaafkan
..sukarnya melupakan
Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan
Kita semakin matang mentafsirkan
Kalau benar cintakan Allah
Hati kita tidak akan terpisah
Dan entah mengapa tiba-tiba kini
Kita dipertemukan semula
..di persada kemaafan
Bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itupun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh..
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

sumber: Pahrol Mohamad Juoi

s7en_E:
Sungguh!! sangat sukar perasaan ini. Ingin memaafkan tetapi ketika itu juga terlayar di tubir mata segala perbuatan yang membuatkan hati kecilku menjerit kesakitan. Bukan tidak mahu memaafkan tetapi segalanya adalah sukar. Tidak mudah untuk aku lupa apa yang berlaku. Parut luka masih ada. Rasa sakit apabila menjadi mangsa keadaan tanpa mengetahui sebab dan punca berlaku. Sangat sakit perasaan itu. Dituduh ibarat pesalah di dalam penjara. Dilontar segala makian yang sukar dicerna. Tiada siapa datang untuk membela. Sehingga ada seorang manusia tampil memberi penerangan segala. Aku sayang dia. Dia yang selalu ada untuk aku bila aku hilang punca.

Tuesday, December 7, 2010

Out of Adrenalin

Assalamualaikum

Tatkala ku rasakan adrenalinku out of function, sesuatu yang ku tinggal lebih 7 tahun dulu kembali menerjah dalam kehidupanku seharian. Geografi Tingkatan 2 Bab 12,13,14 dan 15. Sesuatu yang sudah lama aku tinggalkan. Aku bagaikan dipukau apabila ada suara menyuruhku melarikan pena di atas kepingan kertas berbentuk Foolscape Book. Oh my God!. Aku dibuli oleh insan yang lebih muda dariku. Darah dagingku sendiri. Aku dalam rela menulis nota buat adik kesayangan. Ada sesuatu yang sedikit sebanyak mengasah daya ingatan aku serta sejarah penempatan, jaringan perhubungan dan pengangkutan  Malaysia kembali berlegar di minda. Ada sesuatu yang aku ingin kongsi dengan manusia di luar sana biarpun ku tahu kalian semua pasti sudah mengetahui atau sama seperti aku yang berkarat otaknya.




·         Landasan kereta api pertama di Malaysia (1885)- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) panjangnya 13km.
Kenangan bersama menaiki KTM.keretapi jugak la kan?hehe

·         Jabatan Perkhidmatan Pos pertama(1862) di Negeri-negeri Selat beribu pejabat di Penang.
Lamanya tak pos surat

·         Penggunaan telefon di Malaysia bermula pada tahun 1886
Teringat zaman sekolah dahulu suka main telefon

·         Panjang jaringan jalan raya di Malaysia- 66 445 km
Hidup kadang2 umpama jalan raya yang sesak dan adakalanya lengang tanpa kereta.

·         Lebuh Raya Utara Selatan (797 km)- dari Bukit Kayu hitam ke Johor Bharu
Perjalanan yang panjang balik ke utara tanah air

·         Menara Kuala Lumpur (421 m) merupakan Bangunan Penyiaran Radio&Tv ke-4 tertinggi di dunia.
Hanging out bersama kawan melihat keindahan ibu kota waktu embun pagi

·         Di Malaysia terdapat 6 lapangan terbang antarabangsa iaitu


Ø  KLIA di Sepang
Ø  Bayan Lepas di  Penang,
Ø  Senai  di Johor Bharu,
Ø  Pulau Langkawi di Kedah
Ø  Kuching di Serawak,
Ø  Kota Kinabalu di Sabah
Teringat kenangan menghantar sahabat di KLIA

·         Satelit Asia Timur Malaysia (MEASAT) dilancarkan pada 1996 menjadikan Malaysia sebagai pusat perhubungan serantau & antarabangsa di Asia Tenggara


Kalau xde natang ni leh ke aku tengok astro cam skang?hehe



S7en-E :
Kadang kala kenangan lalu menjadikan aku manusia yang ingin mengutip kembali serpihan kaca yang pernah berderai suatu ketika dahulu. Namun apabila memikirkan kesakitan luka yang bakal aku lalui di kemudian hari menjadikan aku manusia yang pasif serta conservative. Penat aku berlari dari bayangan diri. Tetapi bayangan tetap menghantui hari yang dilalui. Sampai bila aku harus begini? Sendiri tanya pada diri. 

Berharap lebih baik untuk hari esok

Assalamualaikum..


Selamat tinggal 1431
Baru tadi kau labuhkan tiraimu
Menutup tabir lembaranmu
Menyimpan seribu satu kisah perjalanan hidupku
Tersisip kemas dalam diarimu

Segala sejarah hidupku yang lalu
Membuat aku kadang-kadang terpaku
Pada setiap hari dan saatmu
Aku terus membuang masa berlalu
Tapi kini aku sedar
Aku harus tinggalkan nostalgia itu
Turut terkubur bersama tirai akhirmu

Selamat datang semangatku
Selamat Datang 1432 ku
Kehadiranmu sangat ku nanti
Kemunculanmu sangat diredhai
Berharap itu sudah pasti
Agar kau bukan seperti yang dulu lagi

Tolong bawa aku
Bertemu Kekasihku yang satu
Tolong bimbing aku
Dalam tangis aku merayu
Dalam sendu aku menunggu
Hadirnya dirimu yang ku ingin selalu

Jauhnya kurasa destinasi
Dalam menuju Negeri Abadi
Kadang aku berlari
Sampai bila aku tak pasti
Tetapi aku rasa kau lebih mengerti
Wahai Tuhan Rabbul Izzati

Berharap tiada lagi pekat malam
Hanya mentari melimpahi alam
Tiada lagi mendung kelam
Tiada lagi awan suram..

Friday, December 3, 2010

Lalang itu aku?

Semalam.
Aku bersama sahabat ke gerai untuk makan.ok,of coz la kan pergi gerai untuk makan. Tapi ada something yang tiba-tiba membuatkan adrenalinku berlari laju lagi.Tersentap.

Sahabat: Dah la tu wey, cukup la. Saat kau nak buang dia dari hidup kau kenapa masih nak layan dia baik-      baik lagi?
Aku: Dah dia layan aku baik-baik, xkan aku nak layan dia xbaik pulak?
Sahabat: Cukup la dia dah tikam belakang kau.
Aku: Tapi aku xboleh. Jujur aku cakap,aku xdapat nak lupakan dia macam tu je. Bukan aku senang nak lupa. Aku bukan yang jenis macam tu.
Sahabat: Kau xboleh lupa dia sebab kau hari-hari kena  mengadap muka dia kan?
Aku: Erm,tu la..aku kalau xtengok muka dia, aku ok kot.xpelah, maybe bila dah abis study ni xpayah nak tengok muka dia lagi.
Sahabat: tak pe. kau tak payah nak sesakkan kepala kau fikir pasal dia lagi.
Sumber: Seronok bermain dengan lalang?


s7en_E:
Kadang-kadang aku rasa aku bagaikan lalang. Hanya ikut kemana bawanya angin. aku xmampu bersuara. aku bukan manusia bisu. punyai lidah tetapi kelu. mahu menjerit selata dunia bahawa aku juga manusia. punya hati punya jiwa. tapi semua itu hanyalah bisikan di lubuk hati yang paling dalam. andai masa boleh diundur, andai putaran bumi pada paksi dapat di reverse kembali,Que Sera..Que Sera..jangan temukan aku dengan manusia itu. Bolehkah aku pinta begitu?




Thursday, December 2, 2010

Siapa aku??

Aku...aku adalah aku seorang musafir jalanan yang berjalan di bumi Tuhan.menumpang redup kasih-Nya..nikmat yang tidak terhingga..pernah berduka sewaktu ketika dahulu..menangisi takdir ilahi..mengapa diri diperlakukan begini??
Kurasakan tidak adil bagi diri ini..setelah dimuhasabah diri..banyak kekurangan yang belum diperbaiki..lantas jiwa dan perasaan malu dengan diri sendiri..yang tidak pernh mensyukuri nikmat yang diberi..
Sekali diuji, seluruh alam ditangisi..tetapi mangapa setiap nikmat diberi tidak pernah menghargai..apatah lagi mensyukuri..bukan sedikit. Tetapi banyak nikmat yang tidak disedari lantas dugaan yang hanya sekelumit cuma, ditangisi bagai tiada lagi esok hari..manusia..itulah aku..seorang hamba kerdil yang tidak lari dari sifat manusia..
Di saat ini..aku diuji lagi..penat bermain dengan perasaan sendiri..tiada siapa memahami. Tetapi aku tahu..Dia sentiasa ada disisi.mengetahui segala isi hati. Lantas kepada-Nya sahaja aku menagisi nasib diri.
Aku tidak tahu. Apa sebenarnya perasaan aku ini. Serius. Aku tidak memahami diri sendiri. Sukar untuk aku mentafsir maksud. Lebih sukar dari menyelesaikan equation physics yang maha dasyat. Yang aku pasti. Hati ini sakit. Andai hati boleh diibaratkan kain kanvas, ingin aku conteng garis-garis luka yang ada didalamnya. Betapa sakitnya hati.betapa terlukanya diri. Hati yang tidak pernah dihargai, lebih teruk rasanya dari menahan luka sakit luaran sendiri. Andai diri terluka, boleh diubati dengan ketulan pil..tetapi kalau hati terluka??dimana ubatnya?
Ya.memang ada.zikir dan pujian kepada yang Esa. Aku memang seorang hamba. Aku tidak boleh hipokrit. Kadangkala aku terlupa aku masih ada Dia. Manusia mudah alpa. Namun aku berusaha seluruh daya menjadi seorang hamba yang hidup dan matinya hanya untuk Allah yang Maha Esa.
Hati ini sunyi. Sesunyi langit pagi di subuh hari. Aku manusia biasa punya perasaan dan hati yang ingin dihargai..tapi di Negeri Abadi tiada siapa yang peduli..
sumber:di sini
s7en_E: 
hidup ini umpama roda.percaya pada hukum karma.tetapi tak tahu setakat mana kebenarannya.cuma masa dan ketika dapat membuktikannya.

Wednesday, December 1, 2010

..3o nOvEmBeR 2010..

  • 1st langkah bayi (baby step) aku ke dunia bloggers.
  • Hari pertama aku tulis blog. 
  • Juga hari last aku FINAL EXAM semester I untuk sesi 2010/2011.


apa ada pada 30 november 2010??
Yup!!.memang ada something pada tarikh ni coz aku bebas dari belenggu barisan formula yang menyesakkan kapala otak serta kepingan kertas exam yang apabila melihatnya membuatkan adrenalinku berlari sepantas kuda Ji Hoo dan Gun JunPyo dalam Boys Over Flower.
Senyum.
Teringat aku pada jalan ceritanya yang sangat panjang tetapi mampu menarik aku untuk tetap melekat di hadapan kanta screen laptop.Ok.cukup sampai disitu aku mengimbau kenangan.

Dulu sebelum habis exam sibuk merancang nak buat itu nak buat ini
tapi bila dah abis tergaru sana tergaru sini
mungkin ni dah memang my destiny
sampai disini, aku dah nak angkat kaki
pergi cari ketenangan hati
dengan menghadap cinta Ilahi...

s7en_E:
kadang-kadang kita tidak dapat membuat keputusan lantas diri terlalu daif untuk menilai sesuatu. ingin menjaga hati semua pihak tapi tak mampu untuk memuaskan setiap apa yang dihendak.