CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 19, 2011

Mimpi Yang Tak Pasti

Asslamualaikum..

Aku tak tahu mengapa. Aku mimpi dia. Aku keliru. Sangsi. Ah! Mimpi hanya mainan tidur. Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Tidak akan aku berpaling dari jalan yang aku pilih.
Diri. Sila kuatkan hati. Kau sedang diuji. Tsunami bakal bertamu di kamar hati. Tetapi kau mesti berani. Melawan kehendak naluri yang semestinya palsu lagi.

Buat kamu yang aku mimpi. Aku tak mengerti mengapa ini terjadi. Tetapi, Aku mengerti, kita tiada kudrat untuk menghalang takdir Ilahi. Cuma satu aku pinta. Tabahkan hatimu.Pelihara imanmu. Jangan sesekali kamu biarkan hati ditakhluk lagi oleh cinta mainan yang tak pasti. Hati kita milik Allah. Hanya Dia yang selayaknya kita letak dalam hati kita. Aku tak mahu kita hanyut lagi. Bersama awan aku biarkan ia berarak pergi. Aku biarkan kenangan kita tetap bersemi di sudut hati. Andai sudah tiba masanya, ia pasti akan berulang kembali dengan izin-Nya. Sekali Allah beri hidayah-Nya, jangan kita sangsi untuk  menerimanya kerana itu petanda Dia masih sayangkan kita dan Dia mahu kita kembali menjalin cinta dengan-Nya yang sewaktu ketika dahulu terbengkalai tanpa kata. Semoga kita sentiasa kuat dan tenang bersama cinta-Nya.

0 comments: