CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 17, 2011

Buat kau yang dilahirkan...

17 Februari
Teman.
Hari ini hari bahagia kau
Hari kau dilahirkan 22 tahun yang lalu
Kalau bukan kerana tarikh ini
Mungkin aku tidak kenali siapa kau yang bernama teman
Dan sudah pasti itu semua sudah tercatat di atas sana
Bersama rahmat dan limpah kurnia dari-Nya
Teman.
Tiada kata mahu aku ungkapkan
Hanya sekadar doa dan ingatan
Semoga kau sentiasa berada dalam lingkungan orang yang beriman.

TERIMA KASIH.
Dua perkataan yang aku cuba luahkan
Pada kau teman yang sentiasa berada ketika aku hiba
Tetap teguh berdiri di situ disaat aku lemah dan lelah
Bersama semangat yang kau bawa aku bangun menghadapi dunia fana
Kau kejutkan aku dari lena yang panjang
Kau bangunkan aku dari mimpi yang sememangnya fantasi
Kau sedarkan aku dengan kata yang menusuk hati
Tapi aku tahu itu semua realiti yang pasti.
Terima kasih sekali lagi.
Senyap. Tunduk. Diam
MAAF.
Perkatan yang tersimpan dalam lubuk hati aku yang dalam
Sekian lama aku simpan namun tak mampu aku luahkan
Aku buat kau luka
Aku buat kau menanggung rasa
Aku yang mencipta ini semua
Sehingga persahabatan kita bukan seperti pada mulanya.
Teman
Andai putaran dunia dapat di undur semula
Ingin aku perbetul semua yang tak kena
Ingin aku anyam kembali kenangan kita bersama
Moga muncul kembali pelangi antara kita.

S7en_E : maaf kerana aku tak bisa membawa kau bersama menjalani perjalanan aku yang sememangnya berliku dan aku sendiri tidak fahami. Bukan aku sengaja mengetepikan dan menafikan kewujudan kau dalam hidup aku. Tapi aku masih dibanyangi kenangan lama. Aku bukan manusia yang mudah melupa semua segala. Lima tahun kami bersama banyak kenangan sudah tercipta. Bukan aku tidak hargai semua yang kau lakukan. Tapi hati aku belum mampu untuk letakkan kau sebaris dengan dia. Aku tahu suatu hari nanti kau pasti akan temui insan yang lebih mengerti siapa diri kau. Maafkan aku. Mungkin insan itu bukan AKU. Doakan aku suatu hari nanti tembok yang aku cipta sendiri dalam diri ini bisa roboh dengan keikhlasan hati seorang insan yang bernama SAHABAT

0 comments: