Sahabat, ku tahu hatimu tidak sekeras yang diperkatakan orang sekeliling. Ku juga tahu kau bukan seperti yang di sangka. Kau juga insan biasa yang masih bisa melakukan kesalahan. Mungkin kau tidak sedar semua itu. Lantas aku sebagai sahabat ingin menyatakan kesilapan yang kau lakukan bisa membuat ramai orang berkata-kata. Aku sayang kau sahabat. Aku tidak mahu kau terus hanyut dengan kesalahan yang kau sendiri tidak sedar. Dulu kau pernah berkata perkara yang sama kepadaku. Namun kini mengapa kau pula yang melakukan begitu? Sedarlah sahabat, apa yang kau lakukan itu tidak menggambarkan apa yang kau sedang dakwahkan kepada orang lain.
jangan biarkan hati kau begini sahabat. |
Masihkah kau ingat sahabat? Sewaktu ketika dahulu kau pernah mengadu kepadaku kenapa orang tidak pernah nak menerima apa yang kau dakwahkan. Kau menangis kepadaku.Aku sangka kau mahu berubah. Tetapi aku silap. Sedarkah kau mengapa perkara itu berlaku? Nah! Inilah jawapannya. Perlakuan kau membuat orang sekeliling mengata malah turut mengeji. Kau tidak lakukan apa yang kau dakwahkan. Kau cakap begini tapi kau buat begitu? Apa maknanya ada ilmu tetapi kau mengingkarinya. Kau sibuk bercakap hukum itu hukum ini kepada orang lain apabila kau nampak mereka melakukan kesalahan tetapi kenapa kau tidak pernah sedar apa yang kau sedang lakukan ini juga satu kesalahan? Kau tahu apa hukumnya tetapi kau masih melakukan.
Hati orang di sekeliling kau begini kau juga tahu? |
aku xmampu untuk berkata apa-apa untuk pihak kau kerana kau yang mencetuskan semua ini. Aku pernah berpesan, first seek to understand than to be understood. Berubahlah untuk masa depan kau. Aku xsanggup melihat kau sendiri yang merosakkan kehidupan kau. Kita hidup bersama orang sekeliling yang sentiasa memerhatikan tingkah laku kita. Berusahalah menerima pendapat orang lain.
2 comments:
teman dtg dan pergi
sahabat sejati sukar dici :)
betul..hati sahabt seperti saidina abu bakar bukan senang nak dicari, perlu diuji perlu dinilai setiap masa.sesungguhnya ujian itu menambah iman:)
Post a Comment