CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 11, 2011

Aku tak tahu kenapa begitu sukar...

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak mengupdate blog ini ya..kekangan masa serta urusan untuk menguruskan seminar menyebabkan aku tidak punyai masa. Ah, itu cuma alasan. Semua manusia Allah kurniakan 24 jam sehari. Tiada terlebih tiada terkurang. Jika orang lain mampu mengurusnya, mengapa aku perlu memberi 1001 alasan. 2011 menghulurkan salam. 2010 melabuhkan tirainya. 2010 tahun yang meninggalkan aku sejuta kenangan yang tidak mampu aku lupakan. Banyak benda yang terjadi dalam perjalanan hidupku menuju ke Negeri Abadi. Banyak duka dari sukanya. Aku belajar untuk lebih mengerti serta memahami dalam mengharungi dunia fana ini yang penuh dengan lakonan layar serta watak-watak yang tiada tersedia skripnya. Masing-masing memainkan peranan dalam menjayakan skrip jalan cerita yang tiada kesudahannya. Aku juga tidak tahu dimana kesudahan destinasinya.


kadangkala mahu bina rumah seperti ini jauh dari kehidupan manusia sekeliling

Kelmarin. Seharian suntuk aku di kampus. Balik kelas pukul 10 malam terus mandi dan tidur. Ya. Tidur. Tapi bukan itu kehendak mataku. Hati aku ingin tidur tetapi bukan itu permintaan mataku. Keduanya mempunyai keinginan yang berbeza

Hati: Aku nak tidur
Mata: Tapi aku belum mengantuk
Hati: Bukankah kita seharian di kampus? Dari pagi sampai malam.
Mata: Itu bukan alasan.
Hati: Betul. Aku penat. tolonglah pejamkan mata.
Mata: Kau tipu. Bukan itu yang kau maksudkan bukan?
Hati: Bagaimana kau tahu?
Mata: Sebab aku yang melihat. Kau sakit melihat 'mereka' bukan?
Hati: Ya. memang betul. Aku tak dapat nak menipu.
Mata: Kau tak mampu nak tipu aku sebab aku menjadi saksi apa yang kau rasa.
Hati: Aku sakit melihat mereka bemesra. Aku sakit melihat mereka bersama. Aku sakit nak telan semua. Aku bukan organ perkasa. Aku hanya organ kecil yang menangung semua apa yang kau lihat.
Mata: Bukan salah aku. Aku hanya melihat apa yang berada di depan mata.
Hati: kau kejam. Kau biar aku rasa semua kan? Kau sengaja buat aku tersiksa bukan?
Mata: Bukan begitu maksudku. Sungguh bukan itu pintaku. Apa makna buat kau tersiksa sedang nanti aku yang turut merana? masakan tidak, bila kau sakit bukankah air mataku yang kau pinta? Bukankah nanti rembesan airmataku yang kau damba?
Hati: Maaf kerana membuat kau juga tersiksa.
Mata: Tidak mengapa. Aku hanya mahu kau tahu wahai hati. Aku tidak mampu untuk menipu kau apa yang aku lihat. Aku mahu kau tabah mengharungi semua. Aku mahu melatih kau menjadi tabah dan kuat.
Hati: Tapi aku tak mampu untuk menanggung rasa atas semua yang kau lihat. Kau tahu kan segala apa yang kau lihat bisa membuat aku terluka bagai pisau yang menikam ke dalam?
Mata: Hati. Aku nak mintak sesuatu dengan kau boleh?
Hati: Apa?
Mata: Tolong terima kenyataan atas apa yang terjadi boleh? Tolong terima segala ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup boleh?Tidak akan Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab dan tujuannya. Allah lebih mengerti apa yang terbaik buat hamba-Nya. Boleh jadi apa yang kau rasa itu ada balasannya pada masa kan datang. kau sakit sekarang tetapi mungkin di hujung perjalanan kita nanti ada yang lebih baik menanti.
Hati: Aku faham. Tapi sampai bila?. Baiklah, aku mintak tolong dengan kau pula boleh?
Mata: Apa?
Hati: Kau boleh tak larikan pandangan mata kau apabila melihat mereka bersama?melihat mereka bemesra?
Mata: Hahahaha. Kau terlalu paranoid Hati. Masakan bisa aku buat begitu sedangkan hari-hari aku perlu melihat mereka?Hari-hari perlu berkomunikasi dengan mereka. Aku bukan sesiapa mahu menentukan bila masa mereka bersama. Jadi, itu semua di luar kawalanku. Andai aku punya kuasa itu, mahu sahaja aku atur jadual untuk mereka bila dan bila mereka perlu bemesra tanpa pengetahuan kau wahai Hati.
Hati: baiklah. Aku mengerti. Aku perlu kuat untuk menghadapi semua. Kerana sejak dahulu lagi aku yang membuat keputusan untuk memilih jalan tersebut. Tetapi malangnya jalan yang aku pilih itu hanya lorong yang menjanjikan onak dan duri sepanjang jalan. Aku perlu menanggung segalanya sendirian.
Mata: Kau tidak sendirian. Aku disini sentiasa menjadi teman.
Hati: Terima kasih kerana meminjamkan air matamu ketika aku tidak dapat menahan segala ujian. 
Aku pernah berangan berlari begini bersamanya.Tinggi bukan angan2 aku?Mustahil


s7en_E:
Mata dan hati keduanya bersahabat baik. Apa yang dilihat mata itu yang dirasai oleh hati. Mata aku sakit melihat mereka insan yang aku percaya sewaktu ketika dahulu mengkhianati aku. Mereka yang aku pernah anggap sahabat. Aku mahu melupa segalanya namun akalku manyangkal semua. Bukan mudah apabila segala yang terjadi sudah terakam dalam memori minda. Bukan semudah ABC untuk memadamkannya semula. Mungkin menuntut kiraan masa yang lama. melainkan aku ditakdirkan Lost Memory. Nauzubillah..Aku redha dengan apa yang terjadi. aku mendoakan kalian berbahagia. Jika dalam waktu terdekat ini kalian mengikat pertalian, doakan aku menjadi salah seorang tetamunya pada majlis kalian.Doakan ya aku mempunyai kekuatan itu.Aku betul2 mengharapkannya.


2 comments:

iem said...

sabar erk, setiap yang terjadi ad hikmahnya..
semoga jalan yang kita pilih 2 mendapat keredaan dari Allah..
biar kita derita sekarang sebab 2 belum terlambat dr derita kemudian hari y berpnjangn..

*smile*

seven_eleven658 said...

thanks ieMa..tengah sabr menjalani kehidupan mendatang :)