CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 13, 2010

Pinta Hati Baru

Kualiti hati menentukan kualiti amalan;
Kualiti amalan menentukan kualiti hati.
                                      ~Pahrol Mohamad Juoi~


Ada ungkapan popular yang mengatakan, "What u see is what you get". Maksudnya apa yang telah kita pandang (dengan hati tentunya) itulah yang kita dapat. Orang berprasangka sentiasa melihat keburukan kepada orang, situasi dan kondisi yang sedang dihadapinya, maka dia akan mendapat keburukan hasil pamdangannya itu. Jangan lupa pula dengan ungkapan ini: "What happens in you is more important than what happens to you". Sebab itu orang yang baik hati, mampu bersangka baik dengan menganggap kritikan yang tidak adil terhadap mereka sebagai satu pujian yang tidak rasmi

~Solusi edisi 4~



"Carilah hatimu sewaktu mambaca Al-Quran. Jika tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertakafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, PINTA HATI BARU kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
~Imam Al-Ghazali~

s7en_E :
Berusaha sehabis baik berbaik sangka terhadap mereka yang sememangnya aku tidak ketahui bagaimanakah prasangka mereka terhadap aku. Lumrah manusia suka pada persepsi   orang terhadap mereka dari sudut positif. Tetapi mereka lupa lumrah manusia juga suka melihat orang dari dimensi berbeza dengan apa yang mereka impikan. Sungguh! manusia itu suatu kejadian yang complex. Sukar dimengertikan. Sedang cuba untuk memahami perjalanan hidup dalam lakonan tanpa layar bersama insan lain yang bermain dengan skrip sendiri. Memahami mereka mungkin bisa buat aku bahagia.

0 comments: