Assalamualaikum
Tatkala ku rasakan adrenalinku out of function, sesuatu yang ku tinggal lebih 7 tahun dulu kembali menerjah dalam kehidupanku seharian. Geografi Tingkatan 2 Bab 12,13,14 dan 15. Sesuatu yang sudah lama aku tinggalkan. Aku bagaikan dipukau apabila ada suara menyuruhku melarikan pena di atas kepingan kertas berbentuk Foolscape Book. Oh my God!. Aku dibuli oleh insan yang lebih muda dariku. Darah dagingku sendiri. Aku dalam rela menulis nota buat adik kesayangan. Ada sesuatu yang sedikit sebanyak mengasah daya ingatan aku serta sejarah penempatan, jaringan perhubungan dan pengangkutan Malaysia kembali berlegar di minda. Ada sesuatu yang aku ingin kongsi dengan manusia di luar sana biarpun ku tahu kalian semua pasti sudah mengetahui atau sama seperti aku yang berkarat otaknya.
· Landasan kereta api pertama di Malaysia (1885)- Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang) panjangnya 13km.
Kenangan bersama menaiki KTM.keretapi jugak la kan?hehe |
· Jabatan Perkhidmatan Pos pertama(1862) di Negeri-negeri Selat beribu pejabat di Penang.
Lamanya tak pos surat |
· Penggunaan telefon di Malaysia bermula pada tahun 1886
Teringat zaman sekolah dahulu suka main telefon |
· Panjang jaringan jalan raya di Malaysia- 66 445 km
Hidup kadang2 umpama jalan raya yang sesak dan adakalanya lengang tanpa kereta. |
· Lebuh Raya Utara Selatan (797 km)- dari Bukit Kayu hitam ke Johor Bharu
Perjalanan yang panjang balik ke utara tanah air |
· Menara Kuala Lumpur (421 m) merupakan Bangunan Penyiaran Radio&Tv ke-4 tertinggi di dunia.
Hanging out bersama kawan melihat keindahan ibu kota waktu embun pagi |
· Di Malaysia terdapat 6 lapangan terbang antarabangsa iaitu
Ø KLIA di Sepang
Ø Bayan Lepas di Penang,
Ø Senai di Johor Bharu,
Ø Pulau Langkawi di Kedah
Ø Kuching di Serawak,
Ø Kota Kinabalu di Sabah
Teringat kenangan menghantar sahabat di KLIA |
Kalau xde natang ni leh ke aku tengok astro cam skang?hehe |
S7en-E :
Kadang kala kenangan lalu menjadikan aku manusia yang ingin mengutip kembali serpihan kaca yang pernah berderai suatu ketika dahulu. Namun apabila memikirkan kesakitan luka yang bakal aku lalui di kemudian hari menjadikan aku manusia yang pasif serta conservative. Penat aku berlari dari bayangan diri. Tetapi bayangan tetap menghantui hari yang dilalui. Sampai bila aku harus begini? Sendiri tanya pada diri.
0 comments:
Post a Comment