CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 14, 2011

Warkah buat SAHABAT I

Sahabat, ku tahu hatimu tidak sekeras yang diperkatakan orang sekeliling. Ku juga tahu kau bukan seperti yang di sangka. Kau juga insan biasa yang masih bisa melakukan kesalahan. Mungkin kau tidak sedar semua itu. Lantas aku sebagai sahabat ingin menyatakan kesilapan yang kau lakukan bisa membuat ramai orang berkata-kata. Aku sayang kau sahabat. Aku tidak mahu kau terus hanyut dengan kesalahan yang kau sendiri tidak sedar. Dulu kau pernah berkata perkara yang sama kepadaku. Namun kini mengapa kau pula yang melakukan begitu? Sedarlah sahabat, apa yang kau lakukan itu tidak menggambarkan apa yang kau sedang dakwahkan kepada orang lain. 
jangan biarkan hati kau begini sahabat.
Masihkah kau ingat sahabat? Sewaktu ketika dahulu kau pernah mengadu kepadaku kenapa orang tidak pernah nak menerima apa yang kau dakwahkan. Kau menangis kepadaku.Aku sangka kau mahu berubah. Tetapi aku silap.  Sedarkah kau mengapa perkara itu berlaku? Nah! Inilah jawapannya. Perlakuan kau membuat orang sekeliling mengata malah turut mengeji. Kau tidak lakukan apa yang kau dakwahkan. Kau cakap begini tapi kau buat begitu? Apa maknanya ada ilmu tetapi kau mengingkarinya. Kau sibuk bercakap hukum itu hukum ini kepada orang lain apabila kau nampak mereka melakukan kesalahan tetapi kenapa kau tidak pernah sedar apa yang kau sedang lakukan ini juga satu kesalahan? Kau tahu apa hukumnya tetapi kau masih melakukan. 
Hati orang di sekeliling kau begini kau juga tahu?
s7en_E:
aku xmampu untuk berkata apa-apa untuk pihak kau kerana kau yang mencetuskan semua ini. Aku pernah berpesan, first seek to understand than to be understood. Berubahlah untuk masa depan kau. Aku xsanggup melihat kau sendiri yang merosakkan kehidupan kau. Kita hidup bersama orang sekeliling yang sentiasa memerhatikan tingkah laku kita. Berusahalah menerima pendapat orang lain.

Tuesday, January 11, 2011

Aku tak tahu kenapa begitu sukar...

Assalamualaikum...

Sudah lama aku tidak mengupdate blog ini ya..kekangan masa serta urusan untuk menguruskan seminar menyebabkan aku tidak punyai masa. Ah, itu cuma alasan. Semua manusia Allah kurniakan 24 jam sehari. Tiada terlebih tiada terkurang. Jika orang lain mampu mengurusnya, mengapa aku perlu memberi 1001 alasan. 2011 menghulurkan salam. 2010 melabuhkan tirainya. 2010 tahun yang meninggalkan aku sejuta kenangan yang tidak mampu aku lupakan. Banyak benda yang terjadi dalam perjalanan hidupku menuju ke Negeri Abadi. Banyak duka dari sukanya. Aku belajar untuk lebih mengerti serta memahami dalam mengharungi dunia fana ini yang penuh dengan lakonan layar serta watak-watak yang tiada tersedia skripnya. Masing-masing memainkan peranan dalam menjayakan skrip jalan cerita yang tiada kesudahannya. Aku juga tidak tahu dimana kesudahan destinasinya.


kadangkala mahu bina rumah seperti ini jauh dari kehidupan manusia sekeliling

Kelmarin. Seharian suntuk aku di kampus. Balik kelas pukul 10 malam terus mandi dan tidur. Ya. Tidur. Tapi bukan itu kehendak mataku. Hati aku ingin tidur tetapi bukan itu permintaan mataku. Keduanya mempunyai keinginan yang berbeza

Hati: Aku nak tidur
Mata: Tapi aku belum mengantuk
Hati: Bukankah kita seharian di kampus? Dari pagi sampai malam.
Mata: Itu bukan alasan.
Hati: Betul. Aku penat. tolonglah pejamkan mata.
Mata: Kau tipu. Bukan itu yang kau maksudkan bukan?
Hati: Bagaimana kau tahu?
Mata: Sebab aku yang melihat. Kau sakit melihat 'mereka' bukan?
Hati: Ya. memang betul. Aku tak dapat nak menipu.
Mata: Kau tak mampu nak tipu aku sebab aku menjadi saksi apa yang kau rasa.
Hati: Aku sakit melihat mereka bemesra. Aku sakit melihat mereka bersama. Aku sakit nak telan semua. Aku bukan organ perkasa. Aku hanya organ kecil yang menangung semua apa yang kau lihat.
Mata: Bukan salah aku. Aku hanya melihat apa yang berada di depan mata.
Hati: kau kejam. Kau biar aku rasa semua kan? Kau sengaja buat aku tersiksa bukan?
Mata: Bukan begitu maksudku. Sungguh bukan itu pintaku. Apa makna buat kau tersiksa sedang nanti aku yang turut merana? masakan tidak, bila kau sakit bukankah air mataku yang kau pinta? Bukankah nanti rembesan airmataku yang kau damba?
Hati: Maaf kerana membuat kau juga tersiksa.
Mata: Tidak mengapa. Aku hanya mahu kau tahu wahai hati. Aku tidak mampu untuk menipu kau apa yang aku lihat. Aku mahu kau tabah mengharungi semua. Aku mahu melatih kau menjadi tabah dan kuat.
Hati: Tapi aku tak mampu untuk menanggung rasa atas semua yang kau lihat. Kau tahu kan segala apa yang kau lihat bisa membuat aku terluka bagai pisau yang menikam ke dalam?
Mata: Hati. Aku nak mintak sesuatu dengan kau boleh?
Hati: Apa?
Mata: Tolong terima kenyataan atas apa yang terjadi boleh? Tolong terima segala ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup boleh?Tidak akan Allah jadikan sesuatu itu tanpa sebab dan tujuannya. Allah lebih mengerti apa yang terbaik buat hamba-Nya. Boleh jadi apa yang kau rasa itu ada balasannya pada masa kan datang. kau sakit sekarang tetapi mungkin di hujung perjalanan kita nanti ada yang lebih baik menanti.
Hati: Aku faham. Tapi sampai bila?. Baiklah, aku mintak tolong dengan kau pula boleh?
Mata: Apa?
Hati: Kau boleh tak larikan pandangan mata kau apabila melihat mereka bersama?melihat mereka bemesra?
Mata: Hahahaha. Kau terlalu paranoid Hati. Masakan bisa aku buat begitu sedangkan hari-hari aku perlu melihat mereka?Hari-hari perlu berkomunikasi dengan mereka. Aku bukan sesiapa mahu menentukan bila masa mereka bersama. Jadi, itu semua di luar kawalanku. Andai aku punya kuasa itu, mahu sahaja aku atur jadual untuk mereka bila dan bila mereka perlu bemesra tanpa pengetahuan kau wahai Hati.
Hati: baiklah. Aku mengerti. Aku perlu kuat untuk menghadapi semua. Kerana sejak dahulu lagi aku yang membuat keputusan untuk memilih jalan tersebut. Tetapi malangnya jalan yang aku pilih itu hanya lorong yang menjanjikan onak dan duri sepanjang jalan. Aku perlu menanggung segalanya sendirian.
Mata: Kau tidak sendirian. Aku disini sentiasa menjadi teman.
Hati: Terima kasih kerana meminjamkan air matamu ketika aku tidak dapat menahan segala ujian. 
Aku pernah berangan berlari begini bersamanya.Tinggi bukan angan2 aku?Mustahil


s7en_E:
Mata dan hati keduanya bersahabat baik. Apa yang dilihat mata itu yang dirasai oleh hati. Mata aku sakit melihat mereka insan yang aku percaya sewaktu ketika dahulu mengkhianati aku. Mereka yang aku pernah anggap sahabat. Aku mahu melupa segalanya namun akalku manyangkal semua. Bukan mudah apabila segala yang terjadi sudah terakam dalam memori minda. Bukan semudah ABC untuk memadamkannya semula. Mungkin menuntut kiraan masa yang lama. melainkan aku ditakdirkan Lost Memory. Nauzubillah..Aku redha dengan apa yang terjadi. aku mendoakan kalian berbahagia. Jika dalam waktu terdekat ini kalian mengikat pertalian, doakan aku menjadi salah seorang tetamunya pada majlis kalian.Doakan ya aku mempunyai kekuatan itu.Aku betul2 mengharapkannya.


Saturday, January 1, 2011

Buat Mata yang Menangis...

Duhai mata yang sedang menangis..
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yang mengenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah  Allah s.w.t yang tak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli ketenangan  jiwa. Bersyukurlah kepada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.
Aduh!
Sungguh hairan ku melihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya, “Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk.” (Surah al-Isra’ 17:109).
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis.” (Surah Maryam 19:58).

Duhai mata yang sedang menangis..
Tahuka dikau, jika dikaji dari segi perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit berbahaya. Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur berbahaya dijana oleh tubuh. Air mata secara semula jadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia daripada air mata. Bukan itu sahaja, tangisan menambah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisanmu reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah hebat sungguh penciptaan air mata!
Duhai mata yang sedang menangis..
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau lelaki atau wanita, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkap kesedihan lalu merungkai beban yang tersimpan.
Jika kau lelaki, mengapa perlu malu pada tangisan? Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tiada siapa dapat menafikan kau juga insan yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadangkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan dan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana kelak badanmu mendapat darurat.
Jika kau wanita, mungkin kau lebih banyak menangis daripada lelaki. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t padamu hingga Dia menciptakan kalenjar-kalenjar air matamu lebih besar daripada kalenjar-kalenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis empat kali lebih banyak daripada lelaki.
Ia antara penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doktor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
Duhai mata yang sedang menangis..
Sungguh bertuah kerana kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu itu tidak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmmu. Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.
Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa, “Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan Nasa’i)   
                                                                                                sumber:Fatimah Sharha Mohd Noordin