CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 19, 2011

Mimpi Yang Tak Pasti

Asslamualaikum..

Aku tak tahu mengapa. Aku mimpi dia. Aku keliru. Sangsi. Ah! Mimpi hanya mainan tidur. Jangan terpedaya dengan tipu daya syaitan. Tidak akan aku berpaling dari jalan yang aku pilih.
Diri. Sila kuatkan hati. Kau sedang diuji. Tsunami bakal bertamu di kamar hati. Tetapi kau mesti berani. Melawan kehendak naluri yang semestinya palsu lagi.

Buat kamu yang aku mimpi. Aku tak mengerti mengapa ini terjadi. Tetapi, Aku mengerti, kita tiada kudrat untuk menghalang takdir Ilahi. Cuma satu aku pinta. Tabahkan hatimu.Pelihara imanmu. Jangan sesekali kamu biarkan hati ditakhluk lagi oleh cinta mainan yang tak pasti. Hati kita milik Allah. Hanya Dia yang selayaknya kita letak dalam hati kita. Aku tak mahu kita hanyut lagi. Bersama awan aku biarkan ia berarak pergi. Aku biarkan kenangan kita tetap bersemi di sudut hati. Andai sudah tiba masanya, ia pasti akan berulang kembali dengan izin-Nya. Sekali Allah beri hidayah-Nya, jangan kita sangsi untuk  menerimanya kerana itu petanda Dia masih sayangkan kita dan Dia mahu kita kembali menjalin cinta dengan-Nya yang sewaktu ketika dahulu terbengkalai tanpa kata. Semoga kita sentiasa kuat dan tenang bersama cinta-Nya.

Thursday, February 17, 2011

Buat kau yang dilahirkan...

17 Februari
Teman.
Hari ini hari bahagia kau
Hari kau dilahirkan 22 tahun yang lalu
Kalau bukan kerana tarikh ini
Mungkin aku tidak kenali siapa kau yang bernama teman
Dan sudah pasti itu semua sudah tercatat di atas sana
Bersama rahmat dan limpah kurnia dari-Nya
Teman.
Tiada kata mahu aku ungkapkan
Hanya sekadar doa dan ingatan
Semoga kau sentiasa berada dalam lingkungan orang yang beriman.

TERIMA KASIH.
Dua perkataan yang aku cuba luahkan
Pada kau teman yang sentiasa berada ketika aku hiba
Tetap teguh berdiri di situ disaat aku lemah dan lelah
Bersama semangat yang kau bawa aku bangun menghadapi dunia fana
Kau kejutkan aku dari lena yang panjang
Kau bangunkan aku dari mimpi yang sememangnya fantasi
Kau sedarkan aku dengan kata yang menusuk hati
Tapi aku tahu itu semua realiti yang pasti.
Terima kasih sekali lagi.
Senyap. Tunduk. Diam
MAAF.
Perkatan yang tersimpan dalam lubuk hati aku yang dalam
Sekian lama aku simpan namun tak mampu aku luahkan
Aku buat kau luka
Aku buat kau menanggung rasa
Aku yang mencipta ini semua
Sehingga persahabatan kita bukan seperti pada mulanya.
Teman
Andai putaran dunia dapat di undur semula
Ingin aku perbetul semua yang tak kena
Ingin aku anyam kembali kenangan kita bersama
Moga muncul kembali pelangi antara kita.

S7en_E : maaf kerana aku tak bisa membawa kau bersama menjalani perjalanan aku yang sememangnya berliku dan aku sendiri tidak fahami. Bukan aku sengaja mengetepikan dan menafikan kewujudan kau dalam hidup aku. Tapi aku masih dibanyangi kenangan lama. Aku bukan manusia yang mudah melupa semua segala. Lima tahun kami bersama banyak kenangan sudah tercipta. Bukan aku tidak hargai semua yang kau lakukan. Tapi hati aku belum mampu untuk letakkan kau sebaris dengan dia. Aku tahu suatu hari nanti kau pasti akan temui insan yang lebih mengerti siapa diri kau. Maafkan aku. Mungkin insan itu bukan AKU. Doakan aku suatu hari nanti tembok yang aku cipta sendiri dalam diri ini bisa roboh dengan keikhlasan hati seorang insan yang bernama SAHABAT

Friday, February 11, 2011

Pergi tak kan kembali

Assalamualaikum...

Baru hari ini aku berpeluang melarikan jari jemari menaip sesuatu pada keybord laptop.Ok.Titik.Apa yang aku mahu coretkan?.Ok.Tiada idea lagi. em, so far, hidup aku sekarang lebih tenang dari sebelum ni.(i wish that). Walaupun kadangkala memori lama mengimbau kembali, tetapi segera aku tepis. Aku ingin menjadi manusia baru yang bukan seperti sewaktu ketika dulu.Wah, apa yang cuba aku sampaikan?ok.tutup tajuk itu. Kita mulakan mood baru. Haaa!!! aku ada cerita nk share. Tapiiiiii....patut ke x aku cerita ek???

-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

OK.Cerita.Macamni, time aku nak balik sini, Nilai, ada something yang berlaku. Sesuatu yang sewaktu ketika dahulu bagaikan nyawaku tetapi kini bukan lagi bersama aku. Ya!nset aku. Handphone aku. Beliau sudah kembali ke rahmatullah yakni hilang dari hidup aku akibat kecuaian aku sendiri. Alzameir!!! Bak kata "met" aku. Aku terkejut time sampai kat Seremban, pakcik bas tu jerit Seremban! Seremban! then aku yang waktu tu tengah tidur terus terjaga dan mamai dan terus menonong turun bas dan pada hakikatnya aku tertinggal something yang sungguh significant dalam hidup aku!

Sampai sekerat jalan baru aku teringat yang handset aku dah wassalam dalam bas tu. Oh!sungguh menyedihkan time tu. Dahla baru pukul 5 pagi kat Terminal 1 tu. Surau tak buka lagi. Terpaksa la aku berjalan sorang2 plak tu. Memang tak hengat takut ke apa ke..memang tawakkal tu a'la Allah la..Then sampai      la kat KTM. Dalam KTM nasib baik tak terlepas stesen coz asyik teringat camna aku nak contact orang. Dalam hidup aku hanya 3 orang je yang aku ingat nombor phone. Mak aku, Best Friend aku kat Uk n seorang insan yang pernah hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu (kenapala number dia jugak yang kau igat??). Nak tak nak terpaksa la aku merendahkan ego aku call dia pagi2 buta. Time tu hanya Allah yang tahu apa yang aku rasa. Aku call manusia tu coz nak mintak no phone kawan aku merangkap kawan kelas dia jugak. Serba salah aku coz aku pernah cakap kat dia yang aku tak akan muncul lagi dalam hidup dia. Tapi sekarang??apa yang aku dah buat?? Keadaan memaksa aku untuk meng'call' dia. Kalau x, memag aku kat KTM tu sorang2 la pagi2 buta tu. Maaf ya, bukan aku sengaja mahu kacau kau pagi2 buta wahai encik A..Sribu kemaafan ku pohon. Dan jutaan terima kasih kerana call kawan aku amek aku kat KTM. Jasa kau xpernah aku lupa walaupun sewaktu dulu kau pernah meninggalkan kesan luka pada organ kecilku ini (hati).

Aku sangat sayang akan handset tu ok!!! dah 3 tahun aku dengan handset tu. Macam2 kot ada dalam tu. Message yang aku simpan beberapa tahun lepas semua lenyap macam tu je???WaaAAaaa!!! sangat tension ok! bukan senang nak simpan message tu semua. Banyak benda suka duka dalam tu. Semua kenangan ada dalam handset tu. message best fren aku bagi 2 tahun lepas pun aku ada simpan taw. And yang paling aku terkilan semua contact number dalam tu..sangat sayang. Kenapalah yang jumpa handset aku tu bukan orang yang baik2 ek?? kalau tak mesti dia dah pulangkan kat aku. Dannnnnnnn.......
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
--
-
-
-
-
--
-
-
-
-
--
-
-
-
yang paling penting sekali, aku nak cekau duit mana nak bli handset baru??????

p/s: sesiapa yang baik hati boleh derma handset anda yang lama kepada saya ye!! pleaseeeeeeee......